+604 - 383 9966 ...... [email protected]

Iconic Medicare jadi kilang contoh di Pulau Pinang

ICONIC Medicare yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang kini merupakan antara pengeluar sarung terbesar dan mampu menghasilkan kapasiti maksimum 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka pakai buang dalam setahun.

BATU KAWAN:  Penggunaan teknologi berautomasi tinggi hingga mencecah 80 peratus oleh kilang sarung tangan dan pelitup muka, Iconic Medicare Sdn. Bhd. (Iconic Medicare) di sini, wajar dijadikan contoh oleh kilang lain di negeri ini dalam melaksanakan operasi masing-masing. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penggunaan teknologi itu juga secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja seperti sebelum ini. 

“Cuma apabila sesuatu operasi itu tidak dapat diautomasikan, barulah mereka menggunakan tenaga kerja. Dalam konteks ini, hanya pekerja tempatan diambil untuk melaksanakan operasi di kilang ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kilang bernilai RM200 juta itu di sini hari ini. 

Pelancaran itu dibuat kurang sebulan selepas Iconic Worldwide Berhad iaitu pemilik Iconic Medicare memperoleh kelulusan untuk mengedarkan sarung tangan gred perubatannya ke seluruh Amerika Syarikat (AS).  Dibina di atas tanah yang berkeluasan kira-kira 2.2 hektar, Iconic Medicare yang kini merupakan antara pengeluar sarung terbesar dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran maksimum sebanyak 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka pakai buang dalam setahun. 

Difahamkan, enam barisan celupan sarung tangan berganda telah mula beroperasi di kilang itu dan menjelang Mac ini, sejumlah 12 barisan bekas celupan sarung tangan berganda serta 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan akan dipasang dan ditauliahkan. 

Mengulas lanjut kata Kon Yeow, pelaksanaan teknologi automasi itu juga berkait rapat dengan dasar kemasukan pekerja asing ketika ini memandangkan masih ada negara yang masih menutup pintu sempadan. 

Source: https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/iconic-medicare-jadi-kilang-contoh-di-pulau-pinang/

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop